Thursday, May 17, 2018

1.3 -KEGUNAAN RANGKAIAN

  1.3-Kegunaan Rangkaian


Satu daripada kegunaan rangkaian komputer adalah capaian maklumat dan perkongsian sumber.



Contoh capaian maklumat adalah melayari laman web. 


                                       

 




Rangkaian komputer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi seperti gambar rajah diatas.


Contoh:



e-mel





Bual Maya



Sidang Video





Selain daripada kegunaan-kegunaan diatas, komputer juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan perkongsian sumber seperti  berikut :-



  • Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
       Pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke 

       komputer yang lain.


  • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dan lain-lain
       Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer
       dapat digunakan oleh semua pengguna yang menggunakan
       komputer lain.

  • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
       Data-data dapat dimasukkan serentak dengan dua atau lebih 
       pengguna ke dalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga 

       pengguna yang lain dapat menggunakan data-data tersebut.

  • Berkongsi Perisian (Application) dan mengurangkan kos
       Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi
       seperti Word, Lotus, Access dan lain-lain. Dengan ini ia 
       dapat mengurangkan kos dan memudahkan kerja-kerja 

       memasukkan perisian.

  • Memindahkan Fail
       Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu            

       komputer ke komputer yang lain.

  • Berkongsi Fail 
      Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada pelayan               (server) atau komputer pusat.

Penyelesaian dan cara mengatasi masalah  rangkaian terputus.

Penyelesaian masalah pada jaringan dan cara mengatasinya terutama di rumah atau pejabat, perkara utama yang perlu anda lakukan terlebih dahulu dalam melakukan penyelesaian masalah iaitu, anda perlu mengasingkan setiap masalah, mencari punca masalah dan bila masa anda perlu menggunakan khidmat sokongan daripada ISP ( internet service provider ) iaitu pembekal jaringan anda.
Mengasingkan Masalah :- sebelum anda melakukan penyelesaian masalah, anda perlu mengetahui persekitaran dan mengasingkan punca utama masalah pada rangkaian, artikel ini khususnya bagi rangakaian pengguna di rumah atau dipejabat menggunakan wireless ( jaringan tanpa wayar ), disini terdapat 3 lapisan yang menghubungkan jaringan iaitu internet,modem,router dan komputer anda, dimana anda perlu mengasingkan ketiga-tiganya.
1. Komputer anda telah terhubung dengan internet tetapi tidak boleh akses internet :-


Status ini menunjukkan komputer anda terhubungan dengan jaringan dengan sempurna iaitu ianya sudah terhubung dengan modem dan router,jika dengan wireless maka ianya telah terhubungan dengan jaringan wireless router, masalah ini mungkin berpunca daripada internet. Cara mengatasi masalah ini iaitu :-
– Pastikan anda membuka browse dengan melayari mana-mana laman sesawang seperti google.com, jika anda dapat melayari laman tersebut masalah ini bukan daripada jaringan anda tetapi daripada pihak ISP anda.
– Lepaskan sambungan modem ke line telefon ( ADSL ), tunggu beberapa saat, lalu pasang semula line tersebut atau anda off modem dalam 15 saat lalu buka kembali.
– Menggunakan wireless router asing dengan modem, off wireless router dalam 15 saat lalu pasang kembali.
– Restart komputer anda dan ulang dengan membuka website, jika anda boleh akses website tetapi loading agak lambat sementara komputer lain dapat akses dengan cepat, mungkin salah satu komputer menggunakan bandwith yang banyak dengan melayari mana-mana laman streaming atau melakukan muat turun file/document.
– Jika kesemua diatas anda telah lakukan tetapi masih tidak dapat melayari website tertentu, anda boleh menghubungi pihak ISP untuk mengetahui masalah layanan internet.

2. NIC atau wireless adapter anda status disabled :-

– Jika gambar status diatas maka, ada seseorang telah disable atau anda tersilap, caranya dengan anda enable kembali dengan right klik maka akan tertulis text enable, klik pada status tersebut anda sekarang sudah boleh akses internet.
3. kabel terputus atau terlepas daripada modem :-
– Periksa samada kabel terputus dengan swicth atau modem anda, caranya dengan melihat lampu led lan pada modem atau swicth anda, jika menyala maka ianya terhubung.
– Jika masih terputus, cuba anda ganti dengan kabel lan yang lain.

– jika masih tidak dapat akses internet, masalah datang daripada NIC ( network Interface Card ) atau adapter lan anda rosak, cuba ganti dengan yang lain.

No comments:

Post a Comment

UNIT 1 :RANGKAIAN KOMPUTER

RANGKAIAN KOMPUTER Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu makluma...