🔺UNIT:1 Rangkaian Komputer 🔺1.1 KONSEP RANGKAIAN
► Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik disalurkan ke rumah melalui sambungan kabel pada pencawang-pencawang elektrik. Pencawang elektrik menyalurkan tenaga elektrik ke seluruh negara melalui satu sistem rangkaian.
Gambar 1 - Stesen Janakuasa Elektrik
Gambar 2 - Cara penyaluran tenaga elektrik ke rumah
➸RANGKAIAN
Rangkaian ialah unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain. Contoh rangkaian adalah seperti rangkaian laluan udara dan siratan makanan.
1. Rangkaian laluan udara
2. Siratan makanan
➸RANGKAIAN KOMPUTER
RANGKAIAN KOMPUTER ialah sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat, komunikasi dan perkongsian sumber. Melalui rangkaian, kita dapat mengakses data, perisian dan peranti yang terdapat pada komputer lain.
Rajah dibawah menunjukkan contoh rangkaian komputer
No comments:
Post a Comment