Saturday, May 5, 2018

1.2 -RANGKAIAN BERWAYAR & TANPA WAYAR

1.2-Rangkaian Berwayar & Tanpa Wayar                                                                                                                   
Rangkaian komputer ialah sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat,komunikasi dan perkongsian sumber.Melalui rangkaian,kita dapat mengakses data, perisian dan peranti yang terdapat pada komputer lain.  


                                                                                                            
Jenis rangkaian komputer                                                                                                                      
1.Rangkaian berwayar
2.Rangkaian tidak berwayar


  




  • Rangkaian Berwayar
Rangkaian berwayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan kabel rangkaian. 





  • Kelemahan rangkaian berwayar


  • Rangkaian tanpa berwayar
Rangkaian tanpa wayar adalah salah satu cara untuk menyambungkan komputer-komputer dalam sebuah rangkaian. Ia membina sebuah rangkaian dengan menghantar isyarat frekuensi radio di antara komputer-komputer untuk berkongsi maklumat.

Rangkaian tanpa wayar boleh dicapai dalam ruang litup tertentu tanpa sebarang lokasi tetap. Dengan itu pengguna dapat bergerak bebas dan duduk di mana sahaja tanpa sebarang masalah (jika berada di dalam ruang capaian frekuensinya).








Kelebihan rangkaian tanpa wayar.






Antara contoh kabel rangkaian yang digunakan untuk menghubungkan rangkaian adalah seperti berikut:



i)Kabel Sepaksi (Coaxial Cable). 



Membolehkan penghantaran data berkelajuan tinggi seperti video dalam satu masa. Kabel ini terkenal dengan wayar yang berperisai seperti jalinan bagi menghalang signal elektromagnetik dari memasuki kabel. Selain itu, mempunyai pengalir kuprum tunggal pada pusat wayar tersebut. Akhir sekali, satu lapisan plastik juga dijadikan penebat antara pusat konduktor dan perisai jalinan logam.






ii) Kabel Fiber Optik


Kabel fiber optik berbeza dengan kabel sepaksi. Kabel ini digunakan untuk menghantar isyarat menggunakan cahaya sekaligus dapat mengelakkan daripada gangguan elektrik.






iii) Twisted-Pair Cable / Kabel Pasangan Terpiuh



Terbahagi kepada dua iaitu UTP dan STP



* Unishielded Twisted Pair (UTP) 

Juga dikenali sebagai pasangan berpintal tanpa berperisai mempunyai 4 pasang wayar di dalam jaket dan setiap pasangan berpintal dengan nombor yang berbeza. Di samping itu, ia juga membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan bersebelahan dan peranti elektrik yang lain. Kelemahan? Terdedah kepada gelombang radio dan gangguan frekuensi elektrik.


* Shielded Twisted Pair (STP) 

Memiliki keadaan wayar yang sama malah dibaluti dengan foil berfungsi sebagai pelindungan. Keadaan ini membantu menyediakan data yang lebih berkualiti dalam proses komunikasi. Kabel ini juga sesuai untuk persekitaran yang menerima banyak gangguan elektrik. Akan tetapi kelemahan kabel ini adalah perisainya menjadikannya bersaiz besar.







No comments:

Post a Comment

UNIT 1 :RANGKAIAN KOMPUTER

RANGKAIAN KOMPUTER Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu makluma...